Monday, 20 February 2012

DYSLEXIA

mari kita berkongsi ilmu...
tahu kah anda apakah itu DYSLEXIA?
DYSLEXIA bermaksud ketidakcekapan membaca atau menulis
dengan maksud yang lebih mudah(buta huruf)

bagaimana ini boleh terjadi?
dyslexia adalah masalah yang terjadi pada seseorang itu sedari lahir lagi
ini dapat dilihat pada kanak-kanak yang meningkat usianya
kanak-kanak yang mempunyai dyslexia tidak bermakna kanak-kanak kurang upaya.

mereka cuma perlu diberi perhatian
diajar dengan teknik yang betul
kerana sejarah menyatakan
dyslexia bukan penghalang kejayaan seseorang yang mengalaminya

kenal kamu dengan pablo picaso?


Pablo Diego José Francisco de Paula Juan Nepomuceno María de los Remedios Cipriano de la Santísima Trinidad Ruiz y Picasso


siapakah dia?


ini lah dia..
seorang pelukis terkenal,pengukir,pereka pentas yang merupakan salah seorang artis yang terbesar dan paling berpengaruh.

LEONARD DA VINCCI


nama yang sangat dikenali..
siapakah dia?


mona lisa..lukisan yang amat terkenal.
hasil tangan leonard da vincci..

tapi,tahu kah kamu
dia mempunyai masalah dalam menulis..
dia menulis notanya dari belakang,dari kanan ke kiri..seperti didalam cermin

pelukis, pengukir, arkitek, pemuzik, ahli sains, ahli matematik, jurutera, pencipta, anatomi, ahli geologi, pelukis, ahli botani, dan penulis yang genius.

THOMAS EDISON


siapakah dia?


pencipta lampu mentol elektrik. Anugerah "The Wizard of Menlo Park".
dia seorang saintis yang cemerlang dan inventor.tetapi,mempunyai masalah dalam matematik, tidak dapat memberi tumpuan, tidak mendengar apabila guru bercakap dan mempunyai kesukaran dengan perkataan dan ucapan.

tokoh-tokoh diatas...
ketiga-tiganya mengahadapi masalah yang sama,ia itu DYSLEXIA.
namun,itu tidak membuatnya berputus asa untuk berjaya..buktinya
mereka mencipta sejarah di dunia..

tahukah kamu...
ramai ibu bapa yang tidak mengetahui masalah yang dihadapi kanak-kanak yang mempunyai DYSLEXIA.
seharusnya...
kanak-kanak istemewa ini di beri perhatian,kerana tidak mustahil
mereka akan mencipta sejarah dunia yang terbaru.

bagaimana dyslexia terjadi?
terdapat dua
1-disebab kan trauma dyslexia
dimana otak mengalami kecederaan pada bahagian yang mengawal pembacaan dan penulisan.
2-disebabkan kurangnya penghasilan hormon pada peringkat awal perkembangan janin.

kanak-kanak yang mempunyai DYSLEXIA dapat dilihat sedari pre-school lagi
tanda-tandanya

 lambat bertutur
 lambat/lembab dalam mempelajari perkara baru contohnya(perkataan baru)
 pembalikan huruf atau menulis seperti dalam cermin (contohnya, "Я" dan bukannya "R")


sekolah rendah
 Kesukaran dalam mengaitkan bunyi dengan huruf
 kesukaran belajar untuk menyahkod perkataan-perkataan tertulis
 kesukaran membezakan antara bunyi yang sama dalam perkataan; mencampurkan bunyi dalam perkataan bersuku kata banyak (contohnya, "aminal" bagi animal, "bisghetti" untuk spageti)
 membaca yang lambat atau tidak tepat
 sukar membaca dengan kuat
 Kesukaran mengaitkan satu perkataan dengan pengertian yang betul
 Kesukaran untuk membahagikan masa
 kecenderungan untuk meninggalkan atau menambah huruf atau perkataan semasa menulis dan membaca




No comments:

Post a Comment