saya bukan batu yang awak boleh sesenang-senangnya mahu lempar dan kutip
"awak yang membuat diri awak dilempar dan dikutip"
apa yang diperkatakan itu betul, kita yang menentukan apa yang akan terjadi
sama ada menjadi tangan atau menjadi batu.
"jika kau adalah batu
jangan lah membiarkan dirimu dilempar
sebaliknya jadi lah batu yang dikutip
disimpan ditempat yang selamat
dijaga dengan baik.
maka pilih la tangan yang terbaik
yang akan menjaga kau dengan baik
dan jika kau adalah batu yang dilempar
pastikan lemparan tangan itu membawa mu jauh darinya
pastikan lemparan itu bukan membawa mu kelubuk lumpur
tapi,
sebaliknya
lemparan itu membawa mu kedasar laut yang dalam
dimana,
hanya tangan yang terbaik akan menemui dirimu
dan
janganlah sesekali kembali kepada tangan yang melempar
kerana tangan yang melempar pasti akan mengulanginya lagi
maka bersabar lah
kerana kau pasti akan bertemu tangan yang terbaik
yang akan menyimpan mu ditempat yang terbaik
jika kau adalah tangan
jangan lah memilih batu hanya sebagai perhiasan sementara mu
pilihlah batu yang benar-benar menambat hatimu
batu yang terbaik
maka jagalah ia dengan sebaik-baiknya
batu yang diabaikan pasti akan menjadi buruk dan rosak
akhirnya,
pasti kau akan melemparkannya
jika kau merasa bangga kerana kau menjadi tangan
ingatlah
satu saat
kau pasti akan menjadi batu yang dilempar
dilempar ke lubuk lumpur yang dalam
hingga tiada tangan yang mengutip mu lagi.
hasil nukilan:kila
No comments:
Post a Comment