Friday, 23 January 2015

cotard syndrome



Sebelum nak jd blogger,bljar security dulu..setakat blog2 ni,senyum2 je Aku nak hacked.. Anytime Aku boleh hack link2 yg ada dalam ni..sedangkan sonicwall pun Aku boleh bypass,ini kan binatang bodoh level2 anak2..

cotard’s syndrome adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan otak manusia.dengan kata mudah,pesakit yang mengalami penyakit ini adalah tergolong dalam golongan pesakit mental.

Nama penyakit ini diambil dari seorang neurologist bernama jules cotard..kalau nak tahu dengan lebih mendalam boleh saja search namanya di google,haa..dekat situ korang semua boleh baca dengan lebih terperinci lagi berkaitan dengan neurologist ni.

Kenapa nama penyakit ini bersempena dengan nama dia?

tentulah bersempena dengan namanya,kerana penyakit ini didedahkan olehnya.tak kan nama korang pulakkan..kalau rasa nak jadi macam dia,mengabadikan nama korang pada nama penyakit..tak susah,korang kaji lah penyakit yang masih tidak diketahui umum..buat research,thesis..tapi..sebelum tu.korang kena  belajar dulu la ya..ingat senang nak jadi saintis!!

Opss..termarah pulak kita..

ok,kita sambung pada topic asal kita.

Cotard’s syndrome yang juga dikenali walking corpse syndrome.

Tahukah anda apakah jenis penyakit ini?

Tidak ramai yang mengetahuinya,malahan penyakit ini sangat jarang ditemui.
Pesakit cotard’s syndrome adalah pesakit yang percaya diri mereka sudah mati atau  merasakan terdapat bahagian dalam tubuh atau organnya  yang hilang.
malah ada juga pesakit yang percaya  mereka  akan hidup selamanya.
Terdapat beberapa jenis pesakit cotard’s syndrome..ada yang merasa kan mereka tidak wujud dalam dunia ini lagi,atau merasakan mereka kehilangan darah,atau anggota tubuh mahupun organ dalam badan.
Ada juga pesakit yang merasakan mereka tidak memerlukan makanan,kerana merasakan mereka tidak perlu makan untuk hidup.
Seperti pesakit  yang ditemui jules cotard yang bernama Mademoiselle X..
Pesakit ini mendakwa dirinya tidak mempunyai otak,nerve,bahu,perut dan usus.
Akhirnya,pesakit ini mati akibat kebuluran.

Korang pernah tengok cerita zombie tak?

dulu masa first time tengok cerita zombie yang dulu-dulu tu..mak aii,seram je rasa tengok orang makan orang.
sekarang,dah macam-macam versi zombie boleh jumpa.dah tak rasa seram dah..(sambil buat muka bangga sikit,macam budak kecik mengaku tak kencing tidur dah.)

apa kaitan zombie dengan penyakit ni?

Mudah sahaja itu..
Kalau korang pernah tengok cerita zombie,cuba korang describe kan macam mana gaya zombie?
Dengan rupa yang hodoh,berjalan macam tak betul ,dengan anggota tubuh yang tak sempurna.




Sama kan???

tiba-tiba terfikir,macam mana mereka yang mula-mula cipta cerita zombie ni dapat idea yea?mungkin dari pesakit cotard's syndrome kot...
huhuhuhu...


.